Melalui musik dan lagu kadangkala kita dapat mengingati kehidupan lampau. Setiap lagu mempunyai cerita sendiri yang berkaitan dengan kehidupan kita. Setiap tahun kita mengikuti perkembangan lagu dan senikata. Bagaimanapun, baru-baru ini terjumpa sebuah lagu nyanyian Enrique Iglesias yang bertajuk 'Ring My Bells' yang dicipta tahun 2007. Lagu yang sungguh sedap dan mengasyikkan.
Kemudian terfikir dalam hati, bagaimana boleh tertinggal lagu ini dari diari hidup? Bila difikirkan semula..aaahh baru lah faham. Tahun 2007 adalah tahun yang penuh dugaan dan dukacita. Mungkin kepala berserabut dan jiwa yang tidak tenteram sebab itulah boleh 'miss' lagu ini. Belum lagi terlambat untuk menikmati lagu ini kerana ia akan terus hidup walaupun kita sudah tiada di dunia ini.